Tajuk: Memburu Uwais Al-Qarni Terbitan: Pustaka Azhar Harga: RM14/RM16 "Tidak Terkenal di Bumi Tapi Terkenal di Langit....." Pada zaman Nabi Muhammad SAW, ada seorang pemuda bermata biru, rambutnya merah, bahunya lebar dan penampilannya sangat tampan. Kulitnya kemerah-merahan. Dagunya melekat di dada kerana selalu melihat tempat sujud. Tangan kanannya menumpang pada tangan kirinya. Namanya, Uwais al-Qarni. Rasulullah SAW berkata kepada Saidina Ali dan Saidina Umar, "Suatu ketika, apabila kalian bertemu dengan dia, mintalah doa dan istighfarnya, dia adalah penghuni langit dan bukan penghuni bumi." Maka bermulalah misi mencari Uwais.

PUSTAKA AZHAR KIPMART @pustakaazhar on Instagram photo
0

Admin perasan dah, ada beberapa sahabat muka buku admin yang dah menyebut-nyebut perihal Ramadhan yang bakal menjelma sikit waktu lagi :) Rindu kan Ramadhan? (Tetiba sebak) :'( :'( Bulan yang sememangnya istimewa untuk mereka yang menjiwai kehadirannya. Allahumma balighna Rejab wa Sya'ban, wa balighna Ramadhan. :) :) :) Tajuk: Ramadhan Puasa Dan Iktikaf Terbitan: Mustread Harga: RM16.90/RM19.90 Ramadan merupakan bulan yang paling mulia di sisi Allah SWT. Ramadan menjadi penghulu bulan bagi semua bulan Islam. Terdapat banyak perbincangan berkenaan ibadah-ibadah yang khusus di dalam Ramadan, yang tidak ada dalam bulan-bulan yang lain. Bahkan, Ramadan itu sahaja memberikan sejarah yang tersendiri di sisi Islam dan masyarakat Arab. Ramadan disinonimkan dengan ibadah puasa. Hal ini kerana, Ramadan menjadi pesta ibadah dengan kehadiran utama pensyariatan puasa. Namun begitu, persoalan dan perbincangan berkaitan ibadah puasa ini mestilah difahami dengan jelas dan teliti agar ibadah puasa yang dilaksanakan akan diterima oleh Allah SWT. Semoga buku ini dapat memberikan input yang baik kepada semua pembaca dalam menambahkan pengetahuan berkenaan Ramadan dan ibadah-ibadah yang berkaitan di samping memahami dan kemudian mengamalkannya.

PUSTAKA AZHAR KIPMART @pustakaazhar on Instagram photo
3

Tajuk: La Tahzan Terasing Terbitan: Mustread Harga: RM17/RM20 . Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda, “Islam itu bermula dengan terasing, dan akan kembali terasing seperti permulaannya, maka berbahagialah untuk mereka yang terasing itu.” (Hadis Riwayat Muslim) . Pernahkah dalam hidupmu, ada ketikanya kau berasa bersendirian, atau kau terasa ditinggalkan? Atau kau berasa seolah-olah dirimu terasing dalam duniamu sendiri. Di saat kau cuba menegakkan Islam yang sebenarnya, dikau dipandang rendah, seolah Islam sudah tidak wujud dalam dunia. . La Tahzan! Usah dikau bersedih, jika dirimu termasuk golongan yang dianggap asing, janggal dan pelik. Pesan Nabimu, “Maka bergembiralah untuk mereka yang terasing itu.” Pasti ada suatu yang hebat menantimu di hadapan, pasti ada jalan dan pasti ada kemenangan. Rasa terasing itu mengingatkan kamu kepada Islam pada awal perjuangan.

PUSTAKA AZHAR KIPMART @pustakaazhar on Instagram photo
0

Tajuk: Solat-Solat Sunat Terbitan: Mustread Harga: RM16/RM19 . "Jalan kepada Allah adalah dengan mengawasi masa-masa kita dengan mengimarahkannya dengan wirid secara berterusan." -Imam Ghazzali- . Buku ini dapat memberi kefahaman kepada pembaca tentang jenis-jenis solat sunat, fadilat serta cara beramal dengannya supaya dapat membantu pembaca untuk mengamalkan solat yang dikehendaki, sekali gus menjadi panduan kepada pembaca yang ingin mengatur wirid hariannya melalui pengamalan solat. . Antara yang menarik di dalam buku ini: . Panduan lengkap berjadual Penjelasan tujuan setiap solat sunat Soal jawab berkaitan solat sunat Sujud tilawah dan sujud syukur Waktu dilarang solat

PUSTAKA AZHAR KIPMART @pustakaazhar on Instagram photo
0